19 April 2011

Dia haNya inGin mEnduGa..



manusia..
tidak pernah puas dgn ape yang dimilikinya..
tidak pernah bersyukur atas kurniaanNya..
hawa nafsu penakhluk segalanya..
akhirat ditepikan..
dunia di utamakan..

bersyukurlah wahai anak cucu nabi Adam..
bersyukurlah dgn pemberianNya..
jangan sesekali kamu mengadiliNya..
atas apa yang dianugerahkan..
kerna kamu bukan siapa-siapa..
kamu hanyalah penumpang di dunia ini semata-mata..

jika kamu diuji dgn kesakitan..
ingatlah!!
ada yang lebih menderita..
terima lah dgn hati yang terbuka..
usah kamu menyoal akan ketetapan takdirNya..
mungkin ada hikmah di sebaliknya..

dan jika kamu diuji dgn kemiskinan..
berusahalah!!!
usah kamu berasa hina..
kerana Allah lebih memandang amalanmu..
daripada kekayaan yg hanya sementara..

ingatlah manusia..
setiap insan yang hidup di muka bumi ini..
tidak akan terlepas dari segala ujianNya..
Allah hanya ingin menduga..
sejauh mana ketaatan mu..
pada Yang Maha Satu..

Sentiasa lah kita bersama-sama mengingati Nya
tidak kira di waktu susah mahupun senang..




*nukilan dari hamba Mu..*
"dan peringatan buat diriku.."



1 comment:

alyna ali said...

hye dear, im following u.keep in touch :)