13 April 2011

sebarkanlah ia walau sekelumit cuma

salam ditujukan kepada pmbaca blog ini...

alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi, masih lagi mendapat peluang menikmati kehidupan dunia yang hanya sementara ni...dan aku juga berbangga, nmpaknye, para2 blogger sudah maju kehadapan dengan mengeluarkan pndpat yang bernas dan seterusnya, mmberi manfaat kepada kita semua...(harap maaf jika nmpak terlalu formal)..huhuh..ambik mood spm jap..

pada pagi ini, aku telah berkunjung ke beberapa blog yang agak fames juga yer..fames nya ialah berdasarkan entrynya yang mmg menarik dan yang pntg skali, mmberi kite maklumat dan faedah..antara blog yang aku lawati ialah tok esah dan iniwootwoot

antara entry yang menarik perhatian aku pasal masalah pmpuan...pmpuan lagi..lagi2 pompuan..sila jgn penim dgn ayat itu..dan smemangnya pmpuan adalah yang paling ramai menjejakkan kaki ke neraka. itu x dinafikan..niat aku bukanlah untuk mengaibkan pmpuan kerana aku sndiri manusia yang bernama pmpuan..
ini dibuktikan dgn beberapa hadis :

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”


Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.


Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”


lihatlah..betapa ramai golongan kite sbgai perempuan lebih ramai untuk menakhluki neraka itu...namun ketahuilah wahai saudaraku semua, lebih senang untuk perempuan masuk ke syurga, ini berdasarkan hadis di bawah :



Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.
Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”



lihat!!!mudahkan...jadi, marilah kita same2 berubah ke jalan yang benar..nasihat ini juga ditujukan kepada diri ku yang penuh dgn dosa yang tak terkira...Semoga kite sempat berubah ke jalan Allah sebelum malaikat IZRAIL dtg menjemput..



*sumber hadis dipetik dari sebuah blog*
tetiba rindu plak nak guna maktabah syamilah...huhu..tggu ya thesis..


4 comments:

Kamil Kahar said...

perempuan senang masuk neraka tp senang juga masuk syurga...neway nice info...

cik anna said...

betul2...time kasih sudi jenguk sini ye kamil

Kuasai minda said...

Suatu bentuk ingatan yang sangat bermakna, semoga kita semua mengambil pengajarannya.

Walau apapun yang kita lakukan, tidak kira lelaki atau perempuan, jika kita masih berpegang teguh dengan peraturan yang DIA tetapkan, pasti kita akan selamat.

Salam ukhwah daripada KM

cik anna said...

time kasih sudi menjenguk blog dan mmbaca entry ni..