4 February 2012

25 PAHLAWAN ISLAM


السلام عليكم ورحمة الله وبركته

ALHAMDULILLAH, genap 5 februari 2012 menandakan aku semakin melangkah ke alam dewasa dan ke alam kematian.. semakin banyak usia kita, semakin hampirnya kita kepada kematian..terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kerana mendoakan yang terbaik buat diri ini.. semoga doa kalian Allah berkati..amin...


sebenarnye, aku ingin berkongsi satu pengalaman dan aku rasa aku patut berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana..minggu lepas, aku ade membeli satu buku yang sangat menarik.. lihat pada cover buku pun dah membuatkan aku teringin nak memiliki buku itu.. dengan hanya sekilas pandang, terus aku pegi kaunter buku dan membayarnya dengan voucher buku yang diberi oleh kerajaan.. huhu.. bangga dapat jugak gune voucher tu.. tajuk buku tu ialah 25 PAHLAWAN ISLAM. meh aku ceritakan sedikit sinopsis mengenai buku ini.. 







SINOPSIS 25 PAHLAWAN ISLAM
buku ini memaparkan suka duka perjuangan pahlawan Islam untuk dijadikan pedoman. sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnyaa pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi segala-galanya.. pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. maka lahirlah pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi..


actually, aku baru je bace buku ni semalam.. tapi bayangkan, aku baru saje beberapa kisah pahlawan Islam ni, tapi hati ini sangat sebak mengenangkan kisah hidup mereka yang sanggup berbuat apa sahaja untuk agama Islam yang dicintai ini.. Allahu Akbar!!!agungnya cinta mereka kepada Allah dan Nabi. dan aku tidak sabar untuk membaca bnyak lagi kisah2 pahlawan Islam yang ada dalam buku ini. semoga kita mendapat menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kini dalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya'allah..


p/s: Salam Maulidur Rasul.. Jom selawat banyak2 dan buat kebaikan banyak2!!!




3 comments:

♥e'in♥ said...

salam maulidur rasul.. :)

Hanim Kujaji said...

sedih kisah bapa saudara nabi..saidina hamzah....

anna said...

ein- same2 lah kite perbanyakkan selawat ke atas nabi muhammad SAW..

hanim- tau xpe..aku bace 2 3 kali pun menangis lagi weh..