28 April 2012

cuti semester yang penuh dugaan

salam..


hhhmmm..sebenarnya, niat nak update blog dah lama dah ada kat hati, tapi disebabkan kemalasan yang memang x boleh nak halang lagi dan ditambah pula dengan broadband yang kena terminated sebab lambat bayar, memang membuatkan aku lagi lah malas nak update blog.. so, setiap hari aku online, borrow adik punya broadband.. huhuh..online pun sebab nak tgk fb ngn twitter jer. tak pun beautifulnara..so, semenjak kehilangan aku di dunia blogger ni, banyak kejadian yang berlaku pada diri ini..


pada 18 April 2012, perginya insan yang tersayang dalam keluarga kami iaitu mak saudara sebelah ibu ku mengadap Illahi akibat menderita sakit breast kanser.. hanya Allah je yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. sebelum ni, aku pernah ceritakan mengenai arwah pada entry yang lepas mengenai penyakit nya. arwah telah dikesan penyakit itu sejak dari tahun 2004 dan sepanjang itu arwah sangat tabah mengharungi penyakitnya.. tidak sekalipun mata ini melihat akan penderitaannya. tapi hanya dia sahaja yang tahu akan rasanya itu. arwah mula sakit tenat pada awal bulan 3. pada masa tu, ma dan abah ada 3 hari lagi nak berangkat ke mekah. cuba bayangkan macam mana perasaan ma dan abah nak meninggalkan adiknya yang sakit tu..sementelah ma memang rapat dengan arwah.. syahdu aku melihat bilamana ma memeluk adiknya erat2 sebelum berangkat..namun, dengan kuasa Allah..Alhamdulillah.. Allah memberi peluang kepada ma dan abah untuk menjaga arwah ketika sakit.. begitu juga aku.. sepanjang arwah sakit, pernah 2 3 kali juga aku menjaga arwah di hospital.. semasa di hospital, segala kemahuan kami turutkan. nak makan bubur mc d kami belikan, nak makan itu ini kami sekeluarga turutkan. namun, takdir telah tertulis bahawa Atih akan pergi jua meninggalkan kami..


arwah telah meninggalkan suami dan 2 orang permata hidupnya.. sebak aku melihat kedua anaknya tatkala mengucup jenazah umi nya buat kali terakhir..semoga Allah kuatkan semangat kami sekeluarga dan akan menambahkan lagi kasih sayang yang terjalin antara kami sekeluarga..Al-Fatihah untuk arwah atih.. semoga atih aman di sana dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. amin..






No comments: