3 May 2012

saya anak pakcik derapa

salam..

alhamdulillah pada pagi jumaat yang indah ni, pas je solat subuh saya tak sambung tidur balik..pagi-pagi mcm ni terus rasa nak online.confirm laju daripada waktu lain..sebab pagi-pagi, sure ramai yang tak online..huhu..dan perkara yang pertama bila bukak laptop, tentulah facebook yang paling pertama saya buka..eh..macam buka penutup botol pulak yer..hhmmmm..takpe2..abaikan ayat2 yang saya bina itu yang saya rasakan sejak dua menjak ni, terasa begitu skema sekali..huhu..


back to the main topic based on the tittle dat given, saya nak perkenalkan abah saya yang namanya memang unik iaitu DERAPA bin nor.. unik kan?ataupun dengan kata lain, pelik..haha..ni keturunan jawa ke siam dapat nama macam ni..hhmmm..yang tu kena lah tanya nenek dan atok saya..tapi, seingat saya, tak pernah sekalipun saya tanyakan benda ni kat mereka.. kat abah tu adalah..mana taknya, balik je sekolah, terus mengadu kat ma yang kena usik dengan kawan-kawan sekolah dengan gelaran dddeeerrrrraaaaapppppeeeee eeeeeee...memang hangin satu badan.. main-main dengan nama bapak aku yer?? kang kene sumpah baru padan muka..kaki aku jugak ko sujud nanti..hahaha..emo tak memasal..ala..masa tu kat sekolah rendah, so biasa lah..benda kecik macam tu pun saya memang ambik kesah..walaupun kekadang saya rasa diorang hanya sekadar untuk suka-suka..budak-budak lah katakan..otak pun xleh nak function dengan baik..


then, bila kat sekolah menengah pulak, ingatkan dah takde yang main-main nama bapak ni..rupa-rupanya, ada lagi makhluk tak seno"oh" macam ni..huhu..tapi, saya tak de lah ambik kesah sangat..konon-konon nak bergurau la tuee..haha..tapi saya dengan lagak ganasnya terus melancarkan nucklear bila ada terdengar sok sik sok sik bebudak menggelar saya dengan nama abah tersayang saya..maksud saya, bukanlah gaduh..tapi jeling sepuas-puasnya sampai terbeliak biji mata ni dekat orang tu..oh hapis...teringat kat mu..hahaha..masa tu tengah famous dengan lagu yusri yang tang chorus tu ade dia sebut parapapa..tajuk lagu memang seyesly tak ingat..haha..bile je aku jeling kat hapis time dia sebut benda tu, terus dia tak mengaku.. dan dan je cakap dok menyanyi..aku pulak yang tergelak time tu..oh hapis2..kenangan sekolah menengah memang terbaik ah.. except yang kenangan part boyfie mmg x best..pahit semacam!tutup!!


pastu, dah habis sekolah menengah, masuk pula plkn..xsangka sebenarnya dapat masuk plkn ni sebab memang tak pernah terfikir la terpilih.. nak kata sedih, tak jugak..nak kata suka pun, lagi lah tak.. so biasa-biasa je..sebab perasaan biasa-biasa ni lah kot yang buatkan saya dapat kenangan yang best-best je time plkn..huhu..rasa cam nak g sekali lagi..dapat pulak tempat kat dalam negeri sendiri..tempat dia, kisana beach resort kat Tok Bali, pasir puteh.memang tiap2 minggu la ma abah melawat..masa kat dalam plkn pulak, bab-bab main-main nama bapak ni dah takde dah..masa tu semua kebanyakannya dah matured..tapi, yang tak ley ingatnya, bila mana ketua jurulatih announce nama semua pelatih kat padang kawad, bila time aku je..dia wat muka pelik..sebutan tu xyah cakap lah..nurul farhana binti ddee...raaa...ppee..eh2..ayah kamu ni orang siam ke orang jawa..terus satu padang kawad tu gelakkan aku walaupun tak nampak kat mana orangnya..hahha..mana tak nye..menyorok kat belakang kawan..hahaha..memang kenangan manis lah..dapat plak ramai kawan time tu..huhu..yang bajet admire pun ada..haha..maklumlah..2 bulan lebih dok kat situ..aku pandangkau,kau pandang aku..so, kat sape lagi nak admire, confirm2 lah bebudak dalam tu jugak kan..tapi setakat admired je lah..xde lah sampai ter"couple".huhu..


wah..panjang pulak pesanan penaja hari ni yer..takpe2..sekali sekala..time ade mood ni, kita update banyak2..k la..jumpa lagi tau..daaa...muacchhhh!!!




aku dan dia turut kehilangan

salam..

masih lagi dalam berkabung tapi hidup mesti diteruskan..hati nak riang sangat2 pun xboleh lagi sebab masih terngiang2 lagi suara arwah atih, rindu dan hiba masih lagi diri ini..tapi apa-apa pun, mengarang perlu diteruskan bagi melakar kenangan-kenangan yang ada sementara diri ini masih lagi bernafas.. sebenarnya, banyak lagi peristiwa2 yang aku tidak kongsikan. bukan ape, mood untuk menaip hanya pada permulaan ayat saja..then, mood itu semakin pudar dan terus hilang..akibatnya, tak ter"publish" akibat malas nak continued balik..huhu..


actually, masa aku tengah final exam, aku dikejutkan dengan berita yang memang tak disangka-sangka. abah..abah kepada jue iaitu bakal pak mertuaku, insya'allah, telah kembali ke rahmatullah.. memang x sangka sebab sebelum minggu exam yang ke3, aku sempat menemui arwah abah. pada kebetulannya pulak, aku ke gua musang untuk menghadiri majlis kahwin kawan baikku. masa berjumpa dengan arwah, tidak ada perbezaan yang ketara sekalipun terhadap arwah. kami bercakap seperti biasa.. malah aku sempat lagi bergurau dengannya.. sebelum balik ke bangi, itulah kali terakhir aku bersalam dengan arwah abah dan melihatnya..sesungguhnya, Allah telah menggerakkan hati aku dan jue untuk balik ke gua musang. alasannya untuk ke majlis kahwin mcna. pada hakikatnya, Allah menetapkan itulah peluang terakhir aku dan jue menatap arwah sebelum beliau menghembuskan nafas pada 2 hari kemudiannya.al-fatihah untuk arwah.. sungguh, jue terpaksa mengharungi detik2 itu ketika dalam dewan peperiksaan.. tabah sekali buah hatiku itu.. aku yang memandangnya pun rasa sebak. apatahlagi dia yang menanggungnya.syukurlah, orang disekelilingnya turut memahami kesedihan itu..terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan semua walaupun hanya dengan ucapan takziah..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.


masih lagi dalam kesedihan, aku pula yang dikejutkan dengan kematian ibu saudaraku..maka, cuti semester kali ini sangatlah memeritkan..bukan tidak menerima takdir yang ditetapkan, tapi peristiwa yang terjadi itu seolah-olah menggambarkan betapa cepatnya ia berlaku..alhamdulillah, masa yang berlalu sedikit demi sedikit telah terbuang jauh kesedihan itu. namun, di sudut hati kecik ini, sering memikirkan keadaan mereka di "sana".. semoga arwah atih dan abah tenang dan aman di sana. aku memanjatkan doa semoga mereka turut tergolong di kalangan orang yang beriman..


amin..