3 May 2012

aku dan dia turut kehilangan

salam..

masih lagi dalam berkabung tapi hidup mesti diteruskan..hati nak riang sangat2 pun xboleh lagi sebab masih terngiang2 lagi suara arwah atih, rindu dan hiba masih lagi diri ini..tapi apa-apa pun, mengarang perlu diteruskan bagi melakar kenangan-kenangan yang ada sementara diri ini masih lagi bernafas.. sebenarnya, banyak lagi peristiwa2 yang aku tidak kongsikan. bukan ape, mood untuk menaip hanya pada permulaan ayat saja..then, mood itu semakin pudar dan terus hilang..akibatnya, tak ter"publish" akibat malas nak continued balik..huhu..


actually, masa aku tengah final exam, aku dikejutkan dengan berita yang memang tak disangka-sangka. abah..abah kepada jue iaitu bakal pak mertuaku, insya'allah, telah kembali ke rahmatullah.. memang x sangka sebab sebelum minggu exam yang ke3, aku sempat menemui arwah abah. pada kebetulannya pulak, aku ke gua musang untuk menghadiri majlis kahwin kawan baikku. masa berjumpa dengan arwah, tidak ada perbezaan yang ketara sekalipun terhadap arwah. kami bercakap seperti biasa.. malah aku sempat lagi bergurau dengannya.. sebelum balik ke bangi, itulah kali terakhir aku bersalam dengan arwah abah dan melihatnya..sesungguhnya, Allah telah menggerakkan hati aku dan jue untuk balik ke gua musang. alasannya untuk ke majlis kahwin mcna. pada hakikatnya, Allah menetapkan itulah peluang terakhir aku dan jue menatap arwah sebelum beliau menghembuskan nafas pada 2 hari kemudiannya.al-fatihah untuk arwah.. sungguh, jue terpaksa mengharungi detik2 itu ketika dalam dewan peperiksaan.. tabah sekali buah hatiku itu.. aku yang memandangnya pun rasa sebak. apatahlagi dia yang menanggungnya.syukurlah, orang disekelilingnya turut memahami kesedihan itu..terima kasih atas keprihatinan kawan-kawan semua walaupun hanya dengan ucapan takziah..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.


masih lagi dalam kesedihan, aku pula yang dikejutkan dengan kematian ibu saudaraku..maka, cuti semester kali ini sangatlah memeritkan..bukan tidak menerima takdir yang ditetapkan, tapi peristiwa yang terjadi itu seolah-olah menggambarkan betapa cepatnya ia berlaku..alhamdulillah, masa yang berlalu sedikit demi sedikit telah terbuang jauh kesedihan itu. namun, di sudut hati kecik ini, sering memikirkan keadaan mereka di "sana".. semoga arwah atih dan abah tenang dan aman di sana. aku memanjatkan doa semoga mereka turut tergolong di kalangan orang yang beriman..


amin..




No comments: