10 February 2014

Majlis Pertunangan 01.02.2014

assalamualaikum

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. tanggal 01 february 2014, aku bergelar tunangan orang!!! selepas segala macam dugaan dilalui, selamat lah jugak majlis pertunanganku.. (eh!! eh!! nak tunang pon ada dugaan jugak ke?? )  hhhmmmm.. jangan ingat nak kahwin je dugaan datang bertimpa-timpa.. bertunang pon sama tau!!! nak gila rasa nya kalau dipikirkan balik masalah yang timbul sebelum majlis ni.. tapi xnak pikir dah.. tolak tepi terus problems yg dah berlaku tu..sekarang ni just keep go on ye ana!!!!

ok!!! malam ni nak review event sepanjang majlis berlangsung.. rombongan pihak lelaki dari gua musang.. bertolak dr sana jam 9.30 pagi n then sampai kat rumah aku (bachok) dalam jam 2 lebih.. lama sikit perjalanan rombongan pihak lelaki yer..biasanya 3 jam dah smpai..tapi disebabkan masa tu cuti chinese new year, so apalagi???kereta banyak and drive pon xleh nak speed sangat lah.. tu yang sampai lambat..






rombongan dari pihak lelaki.. ni baru sparuh..separuh lagi ada yang dah makan terus..hehe.. maklumlah..ramai sangat pihak rombongan lelaki datang..dah macam kahwin pulak.. sesi perbincangan tengah berlangsung.. masa ni aku menyorok dalam bilik.. bilik berpintu kuning tu lah tempat aku dan adik aku beradu..






alala..so sweeeeettttt.. hehehe..abah sarungkan cincin pertunangan dengan bakal menantu nya.. (masa ni aku kat dalam bilik..takde orang panggil keluar pon lagi..hukhuk..)





salam jangan tak salam..cium tangan bakal bapa mertua tu betol-betol yer..huhu..


........................................................




dah selesai turn my fiance, aku dipanggil keluar..hoi!!!hoi!! keluar!!keluar!! hahaha.. masa dalam bilik seriously tak rasa apa pun.. tapi bila je orang panggil keluar, terus berdegup kencang.. automatically tangan kaki sejuk.. haha.. bila keluar dari bilik, baru aku tahu betapa ramainya makhluk kat luar tu.. hahahaha.. macam dah nak kahwin.. salam-salam dulu ngan semua orang and then baru naik atas pelamin untuk sesi sarung cincin..








sesi sarung cincin oleh kakak my fiance.. actually my fiance punya mak dah lama meninggal.. masa darjah 6 lagi xsilap.. so kakak sulong dia lah yang ambik peranan sarungkan cincin.. 





















cium haa jangan tak cium!!!!


masa ni nervous bukan main lagi uolls..lampu flash camera banyak nau!! dah macam artis.. nak duduk pon rasa serba tak kenal..dalam hati dok pikir.. ok ke aku dok macam ni.. xnampak bongkok ke?? lemak nampak x?? hahaha.. macam2 perkara tengah berkeliaran kat otak ni..








barangan hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.. actually dalam gambar ni tak cukup satu hantaran.. semua nya 7 berbalas 7.. kitorang buat sama je.. lagipon tunang je.. tak ikut adat sangat pon tak pe. yang penting buat atas kemampuan masing-masing..  gambar hantaran pihak lelaki tak de pulak dalam camera ni.. (adik aku lupa la tu nak tangkap..hhmmmm)



hantaran pihak perempuan kepada lelaki
1) sireh junjung + cincin 
2) pulut kuning + pulut manis
3) kek red velvet
4) mini coklat tart cheese
5) baju kemeja + tie
6) kain (utk akad nikah)
7) buahan


hantaran pihak lelaki kepada perempuan 
1) sireh junjung + cincin
2) pulut kuning
3) kek coklat  moist
4)buahan
5) kain pasang
6) kain pasang (akad nikah)
7) coklat






kasi adjust tudung sikit.. senget je tudung ni.. buat hal pulak ko time2 macam ni yer.. ni yang malas kalau pakai bawal.. gelembung sana sini.. cik abang pulak sebok je ngan handphone nya..






tetiba rasa macam dah kahwin pulak gambar kat atas ni.. semua tak pandang camera sebab ada satu lagi main camera yang ambik peranan.. 








ini lah mini pelamin simple ku.. kerusi tu last minit tambah.. sebelum ni rancang nak duduk bersimpuh je kat bawah.. tapi disebabkan kain baju kurung ku agak sempit sedikit, maka ku tukar kan dengan kerusi ini.. so dah terover sikit... alhamdulillah..sangat berpuas hati dengan bridal saudara ku ini.. hrga murah saje.. aku just ambik pelamin je ngan akak bridal tu.. baju, tudung, veil , make up and semua sekali adalah sendirian berhad.. kecuali bunga tangan tu dari bridal tersebut..hehe.. ok..baju yang aku pakai tu dari minaz butik.. kurung maixara nama nya.. tq minaz!!!




ok lah... next entry kita update persiapan kahwin pulak yer.. doakan segalanya dipermudahkan!!! amin....